Check out the Latest Articles:

Sunday, April 22, 2012

salam.

 Hm.. agak keterlaluan bila tak update blog hampir 4 bulan~ memang keterlaluan.
sibuk mungkin? ~~ *alasan normal*

 masuk cerita PERTAMA~

 alhamdulillah.. bulan lepas, tamat sudah pengajian selama tempoh 3 tahun di bumi Darul Quran (DQ).

Banyak sangat kenangan dan cerita2 dukacita~ pokoknya, semua yang terjadi, sangat2 memberi makna pada sebuah kehidupan.


dan yang paling memberi kesan, ujian di saat2 akhir pengajian. bila Allah uji, dengan sesuatu yang tak pernah kita jangka. sangat2 tak jangka~ tapi Allah bagi jugak, selepas lama dibiarkan hamba Dia yang satu ni berada di tahap yang teramat selesa.

 ahamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah :) itu tanda bukti cintaNYA. wajib saya syukuri, kerana manisnya ujian tu, sedang saya rasai kini..alhamdulillah (T.T)

 awal2 pengajian dulu, memang tak ada 'hati' kat DQ. buat semua benda pon ala kadar je. satu hari, sembang2 dengan seorang senior. ketika tu, dia di tahun akhir pengajian. lagi beberapa bulan nak keluar DQ. bila lihat keadaan saya yang buat acuh tak acuh je dengan suasana sekeliling yang ada, dia berpesan..

 " 'afifah, Allah pilih kamu kat sini, kena hargai. kalau kamu keluar DQ dan berhenti menghafal al-quran, takdenya rugi orang lain. tak rugi pon DQ. sebab Allah akan ganti tempat kamu tu dengan orang yang lebih baik lagi. nak macam tu? "

 ~~~ ayat simple. pada saya. tapi sangat memberi kesan. syukran jazilan buat ukht tersebut. dengan kata2 macamtu, at least memberi kesan jugak pada saya yang 'kaku' ni. heh~

 bersyukur. bila Allah pernah menempatkan saya di bumi barakah tersebut. sangat2 bersyukur. banyak perkara yang dapat saya belajar di situ. dari sekecil2 perkara, hingga la ke besar2nya~

moga generasi yang akan datang, lebih memanfaatkan peluang yang sedia ada bila berada di sana.

 masuk cerita KEDUA~

sehari sebelum keluar DQ, masa tengah kemas2 barang, tiba2 dikejutkan dengan satu panggilan. daripada seorang senior. menawarkan kerja sebagai guru di salah sebuah sekolah tahfiz di hulu langat. memandangkan di sekolah tersebut kekurangan tenaga pengajar.

akhirnya selepas 3 hari berfikir, saya bersetuju untuk berkerja di situ, alang2 menunggu panggilan untuk menyambung pelajaran.

 betul la kata ustaz Dasuki, siapa yang menghafal Quran, memang takkan putus2 rezeki. tinggal kita nak ambil atau tak je. alhamdulillah~

 beberapa hari sebelum masuk berkerja, datang lagi beberapa panggilan menawarkan kerja di tempat2 tertentu. ada yang datang dengan menawarkan gaji yang tersangat lumayan. terkejut jugak pada awalnya. sebab 'apake banyaknya sangat gaji tu' ~

 tapi, saya menolaknya secara baik. atas beberapa faktor yang dilihat pada keperluan dan kepentingan tertentu. sekolah tahfiz tersebut mungkin lebih memerlukan khidmat saya yang tak seberapa ni.. cuba jadi sebaiknya.

 hampir sebulan jadi guru.
 cerita guru, pengalaman sampai beribu2. nanti2 saya ceritakan :) insha allah~

 masuk cerita KETIGA~

saya amat kagumi sikap optimis kakak saya, Nabilah~ alhamdulillah, hampir 2 bulan dia di Libya sekarang.

dulu, ketika harapan untuk pulang ke sana hampir2 tiada (akibat revolusi yang panjang), dia masih lagi dengan sikap optimisnya.
siap semangat telefon Ammu dan ustaz Libyanya di sana, memberi satu kata janji, bahawa dia akan pulang jugak nanti.

reaksi saya? hanya menggeleng2 kepala. mana mungkin la kan. sangat teruk keadaan di Libya masa tu~

dan akhirnya..siapa tahu, dengan kuasa doa, dia dibenarkan untuk pulang ke Libya untuk menyambung pengajian di sana, bila keadaan beransur pulih. terdiam ~

Allah.. sangkaanKu, bersama2 dengan sangkaan hamba2Ku~ :)

belajar molek2 Nabilah, biar pulang nanti, dapat menyumbang pada ummah, amen.



masuk cerita KEEMPAT~

alhamdulillah, telah selamat majlis perkahwinan sahabat seDQ, sebatch pulakkk tu, baru2 ni.

Syazlin(sangat rapat) & Abduh ~

Mereka sangat saya kagumi, kerana akhlak dan syakhsiyah diri. Pasangan yang sama2 cantik dan sepadan.

Barakallahulakuma wa baraka 3alaikuma wa jama3a bainakuma fil kheir~ :)

moga cinta hingga ke Syurga, amen.

~~ SENI KEHIDUPAN. 
kena bijak kita corakkan.

                                                  Moga di setiap langkah, Allah bersama :)

Saturday, November 19, 2011

ouh...hari ni, 19 November 2011~

esok, kak Ain Fuad akan kahwin~~~~!! sungguh tidak percaya.

~~~~~

dia bukanlah kakak kandung saya seperti Nabilah =.=' (hehe) tapi dia antara kakak yang memberi erti hidup dalam diri saya (Nabilah, boleh masuk list jugak kalau nak.bagi can~~~~)



ingat lagi masa awal2 masuk DQ, tak kenal pon kakak sorang ni. tapi pelik, dia seolah2 cukup mengenali saya~~ ouh, tapi taklah pelik sangat pon..sebab dia berkawan rapat dengan kakak saya. maka, baiklah~ itulah cara mudah dia mengenali saya.

masa awal2 tu jugak, dia cuba nak rapat2 dengan diri yang tak seberapa ni. serius, pelik..sebab, dalam hati masa tu berkata2.. "sapa dia nii?macam dah kenal lama jee"..tapi entah kenapa, senang je dengan kakak sorang ni.kadang2 tu kalau bertembung je, selalu je dia nak sahut2 nama.selalunya, dia je la yang sahut nama saya.dia je la yang start dulu.saya? hanya bertindak mengembalikan nyahutan dalam keadaan, yang sejujurnya, tak lah berapa ikhlas.walaupun riak muka nampak berseri.sebab, tak kenal.orang dah sahut, wajib membalasnya dengan penuh sopan
^_^

dan Nabilah si kakakku juga tidak pernah memperkenalkan kak ain ni pada saya.maka tidaklah begitu menghairankan jika dilihat pada adat kebiasaannya saya seolah2 ghuraba di depan mata kak ain di awal perkenalan~

*ouh ya, kakak ni pernah tarik saya secara tiba2 dan ajak bergambar. dengan keadaan yang agak tak faham, maka satu senyuman pon dilontarkan pada sebuah kamera. dah orang ajak bergambar, maka, harus tidak mengsia-siakannya.itu pasti.

masa pon terus dan terus berlalu..waktu tu saya sem 1..dia sem 5~ entah macamana, kami boleh rapat. serius tak ingat macamana boleh rapat. banyak sangat babak-babak yang berlaku secara tiba2, yang akhirnya, boleh merapatkan kami~
mungkin lah jugak sebab keramahan yang kakak sorang ni mulakan dulu. oke saya akui, susah untuk saya ramah dengan orang yang tak berapa nak kenal~tapi kalau dah rapat, susah nak renggang.(yah, ada orang pernah buat kajian free terhadap diri saya.thx~)

dia, kakak yang memberi erti hidup.kenapa?

kalau duduk dengan dia je, ada je butir2 mutiara yang dia keluarkan.pasal perjuangan.pasal rona2 kehidupan.pasal masa depan.

banyak, banyak sangat~

kalau saya futur, dialah antara tangan2 yang membangkitkan. yang menggerakkan ruhi. yang membasahkan hati.

tak mudah luntur walau badai datang melanda.tetap cool, relax and steady~

nak cerita dari A-Z, serius sangat banyak. kenangan dengan kakak ni memang banyak. lagi2 kami selalu pergi program sama2.plan sana sini. dia pon orang kuat~ tulang belakang satu2 program, kalau tak ada kakak ni, mustahil.

dia, orang yang menginfakkan kehidupan kepada sebuah perjalanan yang tidak ada penghujungnya. itu yang saya kagumi~

dia nak kahwin dah. sedih? entahlah...

esok, jam 10 am, majlis akad nikah akan berlangsung.maka detik itu, ya saya akan mula bersedih.

kenapa setiap kali kalau majlis akad nikah berlangsung, selalu kita tengok perempuan menangis??

mudah je.sebabnya..bila lafaz dah diucapkan, bila wali dah izinkan..maka, begitulah~speechless.

kawan2 yang lain akan turut bersedih dalam kegembiraan.sebab sedih?rasa seolah2 kawan tu di'rampas' je~

maka, tidak mengapalah.sunnah dalam kehidupan.



TAHNIAH kak AIN. tak tahulah dia baca ke tak entri ni. cuma nak cakap, saya sayang kak ain. syukur Allah temukan kita. syukur.

esok saya datang =)

*sori, ayat banyak lintang pukang~

Albaihaqi meriwayatkan daripada Muhammad bin Ka’ab alQurazi dan alDailami meriwayatkan daripada Anas, daripada Rasulullah SAW bersabda :

إذا اراد الله بعبد خيرا جعل فيه ثلاث خلال فقهه في الدين وزهده في الدنيا وبصره عيوبه


Apabila Allah menghendaki hamba dengan kebaikan nescaya dijadikan padanya tiga sifat. Diberi kefahaman dalam agama, dizuhudkannya pada dunia dan diberi nampak aib sendiri.

~~~~ sentiasa.bermuhasabah =) di situ terletaknya cinta Allah pada hamba.

hm.monolog.monolog~~~

baiknya Allah pada kita, kita dengan Allah macamana?
amal banyak mana? tak cakap pasal ikhlas lagi...

hm~~~~~~

Sunday, June 19, 2011

Salam.

Haritu, ada kawan lama mesej~ cerita masalah milik sendiri. tanya apa patut buat segala. Dan saya, cuba untuk menjadi pendengar yang setia ( ke pembaca? )..ouh ya.. masalah ‘dia’ sekitar masalah hati.

Hati? =)

Nak dipendekkan cerita, kawan saya yang sorang ni ada berhubung dengan seorang lelaki. Muda setahun~ mula2 beradik berangkat. Lama2, perasaan ‘cinta’ mula datang tanpa diundang.

Hm~ Sehebat mana pon kita kalau nak ‘halal’ kan hubungan tu dengan status ala2 darah daging, hebat lagi fitrah antara lelaki dan perempuan tu datang(Cinta-lah). Mula2 sayang, lama2..~ Hebat, menyentap perasaan. Lagi2 bila masing2 mengajak kepada kebaikan : tahajud, solat dhuha dll

Bila kawan saya mula meluahkan perasaan, dengan harapan, si lelaki tu turut menyimpan perasaan yang sama, dan seterusnya datang untuk berjumpa dengan ibubapa....lain pulak jadinya~ si lelaki enggan. Hm~~~~~~~~arjuna arjuna (geleng kepala)



Sedihlah si kawan ni. Sedih yang melampau. Saya pun turut terikut beremosi. Cuma tak zahirkan saja. Lelaki... hm~~ tak semua la kan?

Kawan ni mati2 nak lelaki tu jadi imam dalam hidup dia. Tapi...~~~ haii...

Panjang, panjang cerita sebenarnya... saya sendiri, mengambil masa 2 hari untuk berfikir seterusnya menyelesaikan masalah kawan saya yang satu ni. kawan lama, semestinya kawan yang saya sayangi. Seboleh mungkin saya cuba untuk menenangkan si dia. Walaupun saya akui, saya taklah pro dalam bab2 ni.. tapi secuba mungkin meletakkan diri di kondisi beliau.

Settle~ dia pun akhirnya dapat terima si lelaki tu bukan untuk dia. Cuba belajar untuk terima. Mari sama2 doakan =)

~~~~~

Sekarang umur masing2 pon dah meningkat.. masuk ke alam 20-an. Wah, sikit je lagi ke gerbang perkahwinan. Eh? Kalau ada jodoh, ada-lah. Tersenyum sejenak bila terfikir gelagat dan karenah kawan2 dalam kuliah FIqh Manhajiyyy ( sebutan sheikh arab ) ~~ fuh, segar2 semua. Yela..benda fitrah =)

Umur2 macamni jugak la, kalau ada masa kosong sikit je, mula berbicara tentang hati dan perasaan (ayatttttt..) kalau bukan masalah hati, bercakap tentang target umur nak kahwin nanti, tak pon..sembang tentang ciri2 suami idaman..

ada yang nak pakai spec,
ada yang nak jalan segak memanjang,
ada yang nak kaki sukan (nampak smart gitu..kata mereka-lah),
ada yang nak masyi alquran,
ada yang nak solat subuh berjemaah di masjid...
ada yang nak...macam-macam-macam-macam~~~~
lain orang, lain la pandangan dan sudut deminsi yang dilihat.

Saya sendiri pernah ditanya tentang ciri2 suami idaman. Fuh..~~~ ciri2 dia? Hm, selalunya kalau kita nak ciri2 tu, selalu kontra dengan apa yang kita dapat akhirnya. Kan? Ikut pengalaman lah. Dan insya allah itulah yang terbaik. Insya allah~~~ tapi selagi diri tak berpunya, ciri2 tu tetap diperhatikan. Mana tau kalau dapat ke.. doa doa =) ~~~~



Erk, melalut tempat lain pulak..haihh fokusss~~!

Sebenarnya apa yang saya cuba nak sampaikan kat sini, pasal bertunang sebenarnya. Heh, jauh menyimpang kat atas2 tu. Selingan~ tak kesah la kalau ada orang cakap..

“tak ada istilah bertunang sebenarnya, tapi khitbah”

Bagi saya, istilah bertunang tu sendiri pada adat kebiasaannya difahami. Walaupon tanpa majlis. Tak salah pon nak guna pakai istilah ni ( kalau salah, betulkan )

Ramai kawan saya yang dah bertunang. Kawan lama, kawan baru, kawan yang sedia ada... alhamdulillah~ moga diijab kabulkan jugak akhirnya nanti. Amen =)

Cumanya..agak sedih bila diperhatikan...bila mana hubungan yang tak ‘halal’ tu lagi disalah guna-pakaikan~~ bergayut malam2, main merajuk2, kata2 manis diluahkan.. tapi berlapikkan ciri2 keislaman. Erkkk, kreatif2~~~~

Sebab tu lah kalau boleh, bertunang jangan lama2.. lagi2 bila sampai bertahun2.. dalam tempoh masa tu, macam2 boleh terjadi. dan SIR itu perlu. jangan menjaja cerita berbangga bila diri dah berpunya. benda tak pasti, hati2~ Syaitan kan kreatif~

Kalau tak lama pon tempohnya, batas2 pergaulan masih perlu dijaga. Bukan main semberono (betul ke ejaan?) sembang2 gelak ketawa macam dah sah ikatan yang sedia ada~ hm~~~

Masing2 pon mengidamkan keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah~ makanya, dari yang asas lagi perlu dijaga. Asasnya? Dari sebelum kahwin lagi-lah. Bayangkan kalau asasnya lagi tak dijaga, macamana nanti dengan mahligai yang akan dibina. Analogi sebuah rumah, yang bawahnya tak kukuh, akan roboh la bila2 masa.

Syaitan kreatif, wallahi~!

Mula2 dikaburkan pandangan kita dengan etika2 yang berlawanan dengan syarak, bila dah berjaya nanti..masuk ke gerbang perkahwinan, diusahakannya pulak sehabis tenaga untuk meretakkan hubungan yang pada masa tu dah pon sah~~~ sebab tu kes cerai sekarang nie banyak. Hm~~

Hati, kenalah pandu ke arah yang betul~ hati ada satu je. Satu tu la yang kita kena jaga. Rosak hati, rosak lah lain2~~ nauzubillah..

Ouh ya..buat pencinta dakwah, yang baginya..dakwah adalah darah daging dalam dirinya.. yang mana kalau dakwah tu dicabut dalam hatinya, seakan2 nyawanya turut tercabut melayang...

Nasihat saya...

Kahwinilah juga mereka2 yang membuat kerja dakwah. Bait Muslim ! Khusus untuk wanita. Sebabnya.. masa depan, kita tak tau. Kita perempuan, kuasa di tangan agak terbatas (Allah tetap maha Adil ^_^ ) ... lain dengan lelaki~~~
Bayangkan kalau kita berkahwin dengan lelaki yang tidak ikut mana2 haraki.. bila kita nak keluar buat kerja dakwah, berusrah..tak dibagi, tak ke sedih diri~ sedih? Ye..sebab dakwah tu dah jadi darah daging.. kalau tak ada, rasa macam disentap2 je jiwa... macamana pulak kalau lelaki tu tak ada haraki, tapi bagi je kita beraktiviti? Haa..tu takpelah. Saya tak kata semua. Cuma, ikut pengalaman senior2 yang berkahwin dengan lelaki yang tak ada haraki, dah kurang beraktivis~ sedihh..kan seronok kalau suami dan isteri masing2 beraktiviti..turun pada masyarakat =)

Maka, berbait muslim-LAH~ ( seruan yang serius mungkin.hehe )



*sebenarnya tak layak pon nak cakap sal benda2 ni..kecik lagi.bawah umur.

Buat sahabat dan diri, kalau masih single lagi, jangan risau-LAH. Jom yakin dan percaya pada Ilahi. Bila dah sampai masa, alhamdulillah.. kalau tak ada(mana tau tak sempat kahwin dah mati...), mungkin itu yang terbaik.(ouh sedih bunyinyee) Optimis~! Yang penting, diri kena jaga. Batas2 perlu diperhatikan. Masing2 pon bercita2 nak dapat anak2 yang soleh dan solehah nanti.Maka penjagaan diri perlu dilakukan daripada sekarang. Pandangan perlu ditundukkan~

Bagi sesiapa yang akan berkahwin, jangan lupa jemput. Dah lama tak makan nasi minyak. =)

~~~~~

SEM 5 sudahh..

sekarang semua pon tengah sibuk dengan tesis. bak kata Ust Yusri, pelajar sem 5 kali ni semua semangat2, sampai pensyarah pon terpaksa ikut rentak yang sama. Alhamdulillah, moga yang terbaik. Lagi setahun kat DQ. buat yang terbaikkkk~~~!



video selingan~~~rindu Rasulullah tak?

Tuesday, May 17, 2011

lagi jadi fasi~

kem juara remaja taqwa.

12-15 mei 2011 haritu kat Kem Bina Semangat.

serius banyak benda nak cerita dan kongsi.
sangat banyak.
sangat.
sangat.
sangat.

sampai dah set sebelum program lagi, lepas habis nanti nak cerita kat dalam blog.

program yang bagi saya, sangat lain kalau nak dibandingkan dengan program yang pernah saya ikuti sebelum2 ni.

tapi terbatas.tak mungkin saya cerita kat sini~~
demi menjaga hati2 yang saya cintai.

Allah Allah Allah.serius boleh menangis kalau teringat mereka2 di sana.

jalan2 yang mereka lalui, tak selamanya gelap.
moga Allah pandu dan pelihara di sepanjang perjalanan.

syukran jazilan pd Umi, Akh Ikhram, Akh Syubaili, Akh Luqman, Kak Yana, Kak Shikin..JAKIM..JKM~~

fasi seperjuangan :
Rafidah
Afiqah
Kak Syazlin
Faeez
Athirah
Afizah
Izzatun
Aishah
Syifa'
Hajar
Syahidah
Kak Nova
Hidayah




sesungguhnya kalian memang terbaik.
syukran, syukran jazilan.